Tema Pakaian
Yang ni pula..PAPERDOLLS..pakaian modern pulak..ok jgak kan..bolehlah dipelbagaikan dan tunjuk pada murid-murid kita..
LAMPIRAN
KOMPONEN KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH
- Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
a. Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya 2 jam seminggu)
b. Bahasa inggeris (sekurang-kurangya 1 jam seminggu)
- Perkembangan Kognitif
- Perkembangan Pendidikan Islam dan Moral
a. Pendidikan Islam ( sekurang-kurangnya 2 jam seminggu)
b. Pendidikan Moral (sekurang-kurangnya 2 jam seminggu bagi murid yang bukan Islam)
- Perkembangan Sosioemosi
- Perkembangan Fizikal
- Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Contoh Jadual Sehari (210 minit)
Rutin 10 minit
Perbualan Pagi 20 minit
Permainan/Aktiviti Luar 20 minit
Aktiviti Kelas 30 minit
Rehat 30 minit
Aktviti Kumpulan 60 minit
Aktiviti Kelas 30 minit
Aktiviti Penutup/Penamat 10 minit
|
PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah, tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran diutamakan, iaitu :
1. Pendekatan bermain sambil belajar
Pendekatan bermain sambil belajar menekankan ciri-ciri berikut :-
- Aktiviti yang mengembirakan
- Permainan bebas dan terancang
- Kelonggaran masa
- Percubaan idea sendiri
- Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian
Pelaksanaan pendekatan bermain sambil belajar :-
· Guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang ingin dicapai
· Bahan perlu sesuai dengan perkembangan murid dan berfaedah
· Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan
· Bahan yang digunakan akan menggalakkan komunikasi dan imaginasi
· Permainan menarik minat dan menggembirakan murid
Faedah pendekatan bermain sambil belajar :-
· Pengukuhan kemahiran konsep-konsep pembelajaran dari umum ke spesifik (konkrit ke abstrak)
· Meningkatkan keupayaan konkrit
· Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa
· Perkembangan sosioemosi
· Mengukuhkan perkembangan fizikal
· Penguasaan kemahiran manipulatif
· Menguasai daya reka cipta secara konstruktif
· Melahirkan dan menyatakan perasaan
· Meningkatkan kemahiran berfikir
2. Pendekatan Bertema
Faktor-faktor pemilihan tematik :-
· Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen
· Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan
murid
· Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa
· Kemudahan untuk mendapatkan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
· Guru berminat terhadap tema yang dipilih
· Pemeringkatan dari tema yang mudah kepada yang lebih mencabar
Pelaksanaan Pendekatan Bertema :-
· murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik
· kenalpastisubtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat membantu kanak-kanak mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna
· membina peta minda web tema
· rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir
· guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil pembelajaran. Jika aktiviti itu tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu hendaklah ditamatkan
· iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang berkaiatan dengan tema
· memilih tema mengikut musim atau peristiwa
3. Pendekatan Bersepadu
Melibatkan :-
· kesepaduan antara komponen
· kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni
· kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas
· kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid
· kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik
Pendekatan bersepadu menyediakan peluang kepada murid :-
· mendalami atau meneroka sesuatu topic
· lebih banyak pilihan dan motivasi untuk menimbulkan kepuasan belajar
· pembelajaran lebih aktif, mengembirakan dan bermakna
· meningkatkan daya imaginasi dan kretiviti
· meningkatkan kemahiran berbahasa
· meningkatkan nilai murni
4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pendekatan ini digunakan untuk :-
· membantu proses pengajaran dan pembelajaran
· memperolehi maklumat
· berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya
· memperkayakan pengalaman dan pembelajaran
PENGELOLAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Aktiviti Kelas
- melibatkan seluruh ahli dalam kelas
- aktiviti P & P dijalankan serentak
- dilaksnakan untuk :-
- menyampaikan amklumat
- memberi arahan dan penerangan
- sessi bercerita
- bersoal jawab
- membuat refleksi
- contoh aktiviti kelas :-
- bercerita
- Circle time
- nyanyian/gerakan
- field trip
-bersoal jawab
- eksperimen
2. Aktiviti Kumpulan
- murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
- setiap kumpulan menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza
- ahli kumpulan bekerja secara kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama
- contoh aktiviti kumpulan :-
- membentuk doh
- main pondok
- main bongkah
- cantum puzzle
- permainan tradisional
- berkebun
- penerokaan
- permaian bahasa
- kolaj/renjisan/cetakan/melukis/mewarna
- pertandingan menyusun huruf/perkataan/gambar bersiri
3. Aktiviti Individu
- murid menjalankan aktiviti secara bersendirian
- interaksi murid dengan bahan
- murid berpeluang mendapatkan perhatian secara personal daripada guru
- contoh aktiviti individu :-
- melukis gambar
- menyusun bongkah
- menggunting/menampal
- menguntai manik/bunga
- mengenakan butang baju
- membaca buku kecil/kad bacaan
AKTIVITI SEHARI DI PRASEKOLAH
Rutin
Aktiviti yang dilakukan setiap hari dan tidak ada kaitan dengan tema
- menyambut ketibaan murid dengan mesra
- menyusun kasut dan beg
- mengambil kedatangan murid
- membersihkan diri selepas makan
- perhimpunan pada awal minggu
- peraturan di dalam dan di luar kelas
Perbualan Pagi
Bertujuan untuk mewujudkan suasana kesediaan dengan :-
- murid berkongsi pengalaman atau bahan bersama rakan dan guru (show and tell)
- guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu
- menggerakkan interaksi dan komunikasi antara guru dan murid
Permainan/Aktiviti Luar
Dijalankan di luar kelas. Bertujuan untuk :
· meningkatkan kemahiran motor kasar
· mendedahkan kepada cahaya matahari dan udara segar
· peluang untuk pengalaman penerokaan ruang luas
· prihatin kepada aspek keselamatan
· penerapan nilai murni dan kepekaan kepada persekitaran
Aktiviti Kelas
Guru akan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut mengikut rancangan yang dirancangkan :-
- bercerita
- aktiviti fizikal di luar kelas
- membuat lawatan di sekitar sekolah
Aktiviti Kumpulan
- murid dibahagikan kepada kumpulan lebih kecil bagi menjalankan pelbagai aktiviti serentak
- boleh bertukar aktiviti selepas lebih kurang 20 minit
- murid belum bersedia untuk bergerak ke aktiviti lain, harus dibenarkan untuk meneruskan aktiviti tersebut
Rehat
- menikmati hidangan makanan berkhasiat dan seimbang
- mengamalkan nilai murni seoerti membaca doa, bekerjasama menghidang, mengemas selepas nakan dan menggosok gigi
- menjalankan aktiviti bebas secara senyap seperti melihat buku bergambar dan mendengar muzik perlahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan